BismiLlaahi Wal hamduliLlaah...
Pagi ini saya membaca beberapa komen individu terhadap pemansuhan PPSMI. Saya dapati ada yang gembira dengan perkhabaran ini dan ada juga yang sedih tentang pemansuhan PPSMI ini. Antara yang gembira ialah rakyat yang menentang PPSMI ini sejak awal lagi antaranya Sasterawan Negara Dato' A Samad Said. Beliau menolak idea pelaksanaan PPSMI ini atas dasar gerun tentang hilangnya jati diri bangsa pada masa akan datang. Falsafah "bahasa jiwa bangsa" itulah yang ingin dipertahankan oleh sasterawan negara kita dan juga individu yang sayangkan bahasanya.
Penentangan terhadap PPSMI ini bukanlah satu retorik politik tetapi meyedari bahawa bahasa merupakan indikator kepada jati diri sesuatu bangsa. Hilang bahasa sesuatu bangsa itu, maka hilanglah identitinya. Hatta, kalau kita lihat pada masyarakat sekarang ini pun cakap Melayu pun guna bahasa 'rojak' dalam perbualan. Saya pernah bersembang dengan seorang pensyarah Linguistic di University of Waikato tentang perkara ini. Beliau yang berbangsa 'mat salleh' tetapi fasih berbahasa Melayu ini pun mengungkapkan kesedihannya . Beliau juga banyak membuat penyelidikan tentang bahasa minoriti di Malaysia yang semakin pupus, dan termasuklah Bahasa Melayu. "kenapa Malaysia menggubal kurikulum seumpama itu. Bukankah itu akan menhilangkan jati diri bangsa Malaysia. Sekarang pun saya perhatikan bahawa orang Malaysia banyak menggunakan bahasa rojak", ujar beliau. Itulah antara pandangan bangsa asing terhadap PPSMI.
Ungkapan beliau membuatkan saya terfikir, apakah untungnya Malaysia dengan pelaksanaan PPSMI ini? Adakah dengan terlaksananya PPSMI ini akan melahirkan individu yang cemerlang dalam kehidupannya? Adakah dengan PPSMI ini, maka akan lahirkah nobel laureate dalam bidang sains? dan apakah dengan terlaksananya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris itu, maka rakyat Malaysia akan mahir berbahasa inggeris? dan banyak lagi persoalan yang timbul tentang di mana rasionalnya. Bangsa Jepun pun boleh menjadi negara maju dengan menggunakan bahasanya sendiri. Begitu juga Perancis dan Jerman yang sememangnya amat kebal terhadap memartabatkan bahasanya. Negara mereka boleh maju dengan bahasanya sendiri sebagai bahasa pengantar. Kenapakah kita sendiri merasa rendah diri dengan bahasa ibunda sendiri?
Ini tidaklah bermaksud kita mengabaikan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Kerana tidak dinafikan akan kepentingannya terutamanya banyak buku-buku kajian yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Malah, buku-buku rujukan di universiti pun majoriti dalam bahasa Inngeris. Tetapi banyak kaedah lain yang boleh digunnakan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris. Pada saya setakat mengajar subjek sains dan matematik dalam BI belum tentu dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan pelajar. malah akan merencatkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut. Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar subjek tersebut..akan merencatkan kreativiti mereka untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. kalau subjek Matematik mungkin agak mudah kerana tidak banyak menggunakan penjelasan mendalam kerana banyak formula. Tetapi cuba bayangkan dalam subjek biologi?
Salah satu elemen yang sangat penting dalam pengajaran dan pembalajaran ialah penerapan nilai dan akhlak dalam subjek tersebut. Bukan hanya untuk 'menyuap' belajar agar mereka hafal formula atau fakta dan semasa peperiksaan keluarkan semua formula dan fakta yang dihafal dalam kelas. Tetapi apa yang paling penting perlu diterapkan oleh seorang pendidik ialah memberi kefahaman kepada pelajar dan mengajar mereka apakah aplikasinya dalam kehidupan. Maka akan terbentuklah satu sistem nilai dalam individu. Sebagai contoh, Sains merupakan satu kajian tentang 'sebab dan akibat'. Sebagai pendidik muslim sesuatu fakta sains itu mestilah kita kaitkan dengan nilai-nilai yang diajar dalam agama Islam. Barulah kita dapat melahirkan individu yang cemerlang dalam hidupnya dan pelajarannya.
Bayangkan kalau kita mengajar dalam bahasa asing, mungkin agak sukar untuk kita kaitkan dengan sistem nilai dalam kehidupan tentang sesuatu topik yang dibincangkan. Mungkin bagi mereka yang belajar dari luar negara mampulah menjelaskan perkaitan topik dengan sistem nilai dengan menggunakan bahas Inggeris (note: bagi pendidik yang ada fikrah Islam). Bagaimana dengan graduan tempatan kita? Mungkin mereka seorang pendidik yang berkualiti, tetapi kekangan bahasa menyebabkan maksud tidak kesampaian...fikir-fikirkanlah!
Nota tambahan:
Saya baru baca email dari seorang warga UTMKL melalui email universiti. Beliau meluahkan dengan penuh kemarahan. "Ingat anak kita ni guinea pig..nak experiment sesuka hati - sekejap tukar. Ni tengah pening kepala nak memikirkan anak yang tahun ni akan mengambil UPSR kalau mereka nanti ada masalah masuk Form 4, sebab semuanya kena tukar balik ke BM. Tak hari ke tu...".
Lalu saya terfikir siapa punya angkara yang men'cacamarba'kan sistem pendidikan kita? Saya pun selalu juga jadi bahan experiment kepada kerajaan Malaysia. Time saya di universiti dulu, group kami lah yang pertama jadi bahan experiment nak tukar tempoh pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun. Sudahnya group saya ni jadi 3 tahun setengah. Kami dikerah ambil semester pendek (6 minggu) untuk nak habiskan 2 subjek 'killer' iaitu DNA Recombinant 1 & 2. Kami time tu duduk kat makmal dari pkl 8 pagi hingga 5 petang.Tuhan saje yang tau betapa stressnya kami pada waktu itu. Selepas group kami barulah dapat dilaksanakan tempoh pengajian 3 tahun. Bila dah jadi 3 tahun, setiap semester pelajar kena ambil sampai 21 kredit. Lepas dah tamat pengajian, masalah lain pula timbul iaitu lambakan graduan dan menyukarkan untuk mendapat kerja. Ingat tak siapa yang laksanakan sistem ini? Ya..Dato' Seri Najib Tun Razak....tanyalah beliau apakah hasil dari tindakan itu?
Sekarang ni nak laksana pula PPSMI yang masih tak jelas halatujunya. Sekarang ni nak ubah pulak. Sewajarnya "pihak yang berkuasa di dunia, khususnya di Malaysia" mesti buat kajian dulu sebelum melaksanakan sesuatu polisi...bukannya buat dulu baru fikir. Kenapalah tak guna otak untuk berfikir? Sampai bila kita jadi begini?.....

No comments:
Post a Comment