Wednesday, 28 January 2009

Hanya diri kita memahami diri kita

Assalamu alaikum dan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk terus menghirup udara di muka bumi Allah ini. Mudah-mudahan kesempatan yang diberikan ini dapat dimanafaatkan untuk mencari Redha Allah swt. Rasanya dah lama tak update blog ini. Memang hajat dihati nak selalu update tetapi terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kali ini saya nak coretkan sedikit pengalaman saya sebagai pelajar di NZ. Sebagai pelajar banyak benda yang perlu dipelajari bukan setakat untuk mengejar sijil tetapi di samping itu menambahkan ilmu demi untuk meningkatkan martabat sebagai seorang ilmuan yang bergelar PhD. Namun, ukuran kejayaan seseorang itu bukannya terletak pada ijazah PhD semata-mata tetapi hendaklah disertai dengan perubahan sikap dan pemikiran. Bak kata-pepatah: "Act locally, think globally". Daripada sikap dan pemikiran tersebut dapat melahirkan tingkahlaku positive dan barulah terserlah ciri-ciri sebagai cendikiawan. Terutamanya sebagai seorang muslim, menuntut ilmu ini merupakan satu amanah untuk meningkatkan imej umat Islam di dunia. Sebagaimana posting saya sebelum ini, kenapa Yahudi begitu powerful? Kerana mereka memiliki ilmu yang tinggi. Lantas mereka dapat mengawal ekonomi dunia. Sebagai umat Islam, adalah tanggungjawab kita untuk melakukan perubahan sikap dan pemikiran agar umat Islam tidak lagi ditindas dan dizalimi. Justeru, sejauhmanakah pengajian kita selama 3 atau 4 tahun ini benar-benar memberi 'high impact' kepada penjanaan daya intelek dalam diri kita? Fikir-fikirkanlah...

Pengalaman saya belajar di luar negara ini banyak memberikan input-input baru untuk direalisasikan apabila balik ke Malaysia nanti. Banyak penemuan-penemuan yang rasanya amat relevan untuk dibuat kajian di Malaysia. Namun, sejauhmanakah budaya penyelidikan di kalangan penyelidik di Malaysia? Kalau di luar negara, hasil-hasil penyelidikan para penyelidik diberi perhatian oleh kerajaan tanpa ada campurtangan politik. Malah kajian pelajar 'high school' pun diberi perhatian kalau hasilnya memberi impact kepada negara. Begitu tinggi nilai penyelidikan di luar neagar. Tetapi, di Malaysia, hasil kajian hanyalah tersimpan di perpustakaan sebagai bahan bacaan tanpa diberi perhatian untuk direalisasi terutama sekali bidang penyelidikan sains sosial. Peranan seorang pensyarah untuk melakukan research hanyalah memenuhkan CV untuk kenaikan pangkat kepada profesor. Suasana inilah yang kurang dipraktikkan di Malaysia.

Menyorot kepada sikap dan pemikiran pelajar Malaysia yang berada di luar negara lain pula kesnya. Apa yang saya perhati apabila berada di luar negara terlupa dengan budaya sendiri. Saya bagi contoh, antaranya terlalu biasa dengan acara 'potluck' sehingga buat tahlil pun nak kena ber'potluck'. Sudahnya program tahlil itu, acara kemuncaknya makan-makan dan bergelak ketawa. Begitu juga dengan budaya 'shopping'. Apabila seseorang itu membeli sesuatu barang misalnya 'breadmaker', TV plasma' dan sebagainya, masing-masing nak menunjuk dan membanding-bandingkan. Pada saya budaya ini kurang sihat kerana akan menyebabkan konflik antara satu sama lain. Begitu juga dengan acara makan-makan, kalau seseorang itu tidak dapat menghadiri, maka ianya menjadi satu isu besar dan macam-macam andaian yang diberikan, misalnya si anu ni dah stage kritikal, dan bla bla.... Walhal yang yang membuat andaian itupun bukannya bertanya khabar, adakah kawan tadi tak dapat menghadiri kerana ada kekangan, sakit dan sebagainya. Acara makan-makan dah menjadi acara wajib kepada pelajar Malaysia di luar negara. Apabila seseorang itu tidak dapat hadiri maka perbuatan tersebut dianggap 'pelik'. Tetapi perbuatan gossip, menunjuk dan sebagainya adalah sesuatu yang normal dan tidak 'pelik'. Itulah realiti pelajar Malaysia di luar negara berdasarkan pengalaman saya. Mungkin di Malaysia berlaku juga perkara yang sama tetapi tidak ketara kerana berada dalam lingkungan komuniti yang besar. Apabila di luar negara, lingkungan pelajar Malaysia adalah dalam komuniti kecil, justeru sikap dan pemikiran seseorang menjadi ketara. Kadang-kadang terdetik juga di hati, belajar tinggi-tinggi tetapi perangai macam jakun. Sungguh mengecewakan dan bagaimana nak membangunkan negara kalau pemikiran masih kekampungan. Rasanya fenomena ni pun sama di mana-mana tempat seperti UK, NZ dan US. Sikap dan pemikiran orang Malaysia masih lagi di tahap kelas ketiga. Justeru, itulah faktornya apabila balik Malaysia hanyalah bekerja untuk dapat gaji. Namun apa yang saya coret ini, bukanlah nak kata semuanya seperti itu, tetapi majoritinya begitu....

Berbalik kepada diri, kenalilah diri kita dan jauhi daripada sikap dan pemikiran kelas ketiga ini. saya pun sebenarnya banyak kena kata juga dengan orang-orang Malaysia di sini kerana selalu tidak menghadiri program makan-makan kerana itu bukan nature saya untuk selalu bersukaria. Ada masa saya join ada masa saya tak join supaya tak hilang fokus dan matlamat diri. kadang-kadang apabila terlalu banyak bersosial pun banyak perkara tidak sihat seperti mengumpat, gossip dan sebagainya yang membutakan hati kita. Justeru, hanya diri kita yang memahami diri kita. Usah fikirkan apa orang lain kata, yang penting diri kita berada di landasan yang benar, memang pahit apabila orang mengata kita di belakang tetapi kadang-kadang yang pahit itu ada manisnya...

Wassalam

1 comment:

Ely said...

Pengalaman mu, pengalamanku jua..;)

Entah kenapa, masuk je bab makan-makan, kecoh satu kampong… Hal yang teramat remeh temeh.. And it is no surprise at all, cos we expect it would happen.. hehe.

Alhamdulillah ada orang menjemput datang ke rumah, kita pun berbesar hati nak memenuhi jemputan. Tapi kadang2 ada juga jemputan yang kita tak dapat penuhi. Mungkin ada hal lain, mungkin tak sihat, mungkin ada masa kita nak beruzlah dari terlalu banyak berkumpul, bercakap dan melihat hal2 yang boleh merosakkan hati dan menumpulkan fikiran.

Tapi takkan nak cakap camtu kan, kang orang kata poyo laks.. Kita pun tak nak berlagak macam bagus..

Cumanya, kalau kita tak datang, jangan cepat sangat buat andaian, macam le kita ni teruk sangat, seolah-olah kita ni sombong dan sibuk sangat sampai tak pergi rumah orang, tak bercampur org, tak penah tolong orang, or tak penah jemput orang ke rumah.

Kita ni tak payah orang ajak makan pun, kita pi ziarah. Tapi, kita ni takde la pulak setiap kali tolong orang, ajak orang, pergi rumah orang, nak bgtahu satu kampong, sbb kita buat bukan dengan niat nak menunjuk, minta pujian atau pengiktirafan

Yang paling tak tahan, spesis yang pandai2 je buat cerita, mcm dia pula yang lebih tahu dr kita.. Kalau kita ada kerja hari ini, tak semestinya esok pun kita busy.. Kalau kita busy hari ni, automatic plak kita dilabel tgh stress.. Eh!! Yang selalu mengadu stress tu bukan orang lain ke?? ;)
Dan kalau kita busy pun kenapa, orang lain tak busy ke?.. Ke sibuk membusy body? Hihih.. Apa la yang hairan bin ajaibnya, kan kita datang sini untuk belajar, so belajarlah agenda utama kita, janganlah pula pelik bila orang belajar

Lagi satu, time makan-makan ni la baru teringat kita, masa lain tak de plak teringat kan? ;)

Sebenarnya, segelintir je camni.. Sebenarnya ramai yang tak hairan pun dengan kita, tapi yang segelintir ni speaker dia besar.. hihi.

Actually we couldn’t care less about these people. We have other more important things to think about. Hanya Allah Mengetahui, dan hanya kita memahami diri kita.. so apa peduli cakap orang. Cuma as manusia biasa rasa geram tu tetap ada, so kena la juga keluarkan rasa geram tu supaya tak jadi nanah dalam hati.. better out than in, Shrek said.

Hm.. happen only in oversea… kalau kat Malaysia, orang tak sedar pun kalau kita tak datang.. kecualilah kalau kita tuan rumah atau ahli keluarga tuan rumah.

Much ado about nothing.. :)