Saturday, 3 January 2009

Flashback Tahun 2008

Sedar tak sedar Tahun 2008 telah pun berlalu meninggalkan kita. Sama-samalah kita muhasabah sejauhmana azam kita pada tahun lepas telah tercapai atau sebaliknya. Dan marilah kita cerminkan diri kita dengan mata hati sejauhmana peredaran masa tersebut telah mematangkan diri kita seiring dengan peningkatan usia kita. Adakah kita semakin matang atau sebaliknya dalam melayari kehidupan kita sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi ini. Berbalik kepada azam tahun lepas rasanya masih banyak perkara yang belum tercapai. Bagi saya, azam khusus saya pada tahun lepas ialah berkisar kepada kajian PhD. Pada tahun lepas saya berazam untuk menyiapkan chapter analisa data tetapi belum lagi tercapai nampaknya dan sudah terlajak ke bulan Januari 2009. Masa begitu pantas meninggalkan kita.

Mengimbas kembali senario yang berlaku pada tahun 2008 dan di samping kajian PhD saya terdapat banyak perkara-perkara yang berlaku untuk renungan dan penambahbaikan pada tahun baru ini. Antaranya, pertama, penulisan manuscript untuk Journal of Organizational Behavior (JOB) - salah satu journal yang bertaraf tinggi dalam bidang saya. Untuk manuscript tersebut, saya telah peruntukkan masa selama 6 bulan (bermula Feb hingga July dan mendapat feedback dari editorial pada bulan Okt). Penulisan manuscript ini merupakan pengalaman pertama saya untuk peringkat international and high impact journal. Feedback yang saya terima dari editor JOB ialah 'reject'. Pada mulanya saya menerima feedback tersebut, perasaan saya sangat sedih dan demotivated untuk menghasilkan journal lagi. Alhamdulillah, supervisors saya memberi perangsang untuk terus berusaha. Menurut supervisor saya, feedback 'reject' merupakan fenomena biasa dalam penulisan journal terutama sekali journal yang bertaraf tinggi. Pengalaman salah seorang supervisor saya, Dr. Marc pun manuscript pertamanya pun direject sebanyak 10 kali. Support dari supervisor saya dapat meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus berusaha. Perkara yang saya perolehi sepanjang penghasilan manuscript tersebut ialah mendapat ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman tersebut amat berbaloi dan kini manuscript tersebut saya revise kali kedua untuk Journal of Occupational Health Psychology (JOHP). Saya telahpun submit journal tersebut pada 3 January 2009. Mudah-mudahan kali ini berjaya.


Keduanya, pada akhir bulan Nov dan awal Dec saya telah mengambil kesempatan untuk visit South Island (5 malam 4 hari) dan Nortland (2 malam 3 hari). Trip tersebut berbaloi untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Untuk trip ke South Island, saya dan tiga orang sahabat (ely, atie, dan lily) telah mengembara ke Christchirch, Omaru, Dunedin, Te Anau, Milford Sound dan Queenstwon. Manakala trip ke Northland (bersama-sama Family Yati, Family Lan, Elun dan Nana), kami telah mengembara hingga ke Cape Reinga. Cape Reinga merupakan tempat yang paling hujung di North Island.

Ketiganya, pada awal Dec tahun lepas, berlaku kemalangan di kalangan pensyarah dan pelajar UiTM yang datang untuk lawatan sambil belajar di New Zealand. Seorang pensyarah dan seorang pelajar telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. 3 orang pelajar lagi telah dimasukkan dalam ICU. Hanya seorang pelajar sahaja yang cedera ringan (Aisyah). Alhamdulillah 3 orang yang dimasukkan dalam ICU tersebut telah selamat semuanya iaitu, Ayu, Fitri (adik ayu) dan Amirul Rasyid. Semua keluarga mereka telah datang ke Hamilton. Parent Ayu telah datang ke Hamilton sebaik mendapat berita tersebut. Fitri mengalami 'brain injury', so, untuk pulihkan ingatannya memakan masa dan memerlukan kesabaran family beliau untuk menghadapi situasi tersebut. Walaubagaimanapun, apa yang saya perhatikan perkembangan adik Fitri amat positif dari hari ke hari. Keluarga mereka tinggal di Hamilton lebih kurang satu bulan untuk menjaga Fitri yang masih berada diwad. Saya dan Ely hanya mampu membantu dari segi moral support dan membawa mereka ke kedai jika ada keperluan. Saya kagum dengan ketabahan keluarga Ayu dan Fitri untuk menghadapi ujian dariNya. Uncle Amirrol dan auntie Jamilah dan auntie Faridah begitu redha dengan takdir yang Allah berikan. Uncle ada bercerita dengan kami, walaupun Fitri mengalami 'brain injury' tetapi satu yang ajaib berlaku ialah Fitri lembut hati untuk solat tanpa disuruh. Menurut uncle jika sebelum ni, nak suruh solat pun selalu bergaduh tetapi selepas kejadian ini, Fitri melakukan solat tanpa disuruh. Inilah hikmah yang diberikan oleh Allah. Kadang-kadang yang berlaku itu bukan semata-mata ujian tetapi tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Sebab manusia ini kalau semuanya hidup senang dia mudah lalai dan lupa pada Allah. Tetapi sekali-sekala Allah beri ujian dari segi kesakitan, kita akan rapat dengan Allah. Malah bibir kita sentiasa menyebut nama Allah agar kita cepat sembuh. Itulah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Moga mereka terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian Allah. Kita yang tidak mengalaminya sewajarnya mengambil pengiktibaran agar sentiasa syukuri nikmat Allah dalam hidup kita samada waktu senang atau susah. Di waktu senang kita bersyukur kerana diberi nikmat kesenangan dan di waktu susah juga kita tetap bersyukur kerana kita diuji untuk meningkatkan tahap kesabaran kita.

Itulah beberapa senario Tahun 2008 yang significant sebagai pengiktibaran dan penambahbaikan pada tahun baru Tahun 2009. Moga tahun ini kita dapat meningkatkan tekad kita untuk menjadi muslim yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat. Happy New Year 2009 dan salam Maal Hijrah 1430.

No comments: