Thursday, 15 April 2010

Dosa memfitnah

Semalam saya bersembang dengan adik. Beliau adalah seorang guru disebuah sekolah menengah di Daerah Kota Belud. Adik saya memulakan ceritanya tentang seorang rakan guru (cikgu A) difitnah oleh rakan guru yang lain (cikgu B). Kisahnya bermula apabila cikgu A pergi berhari raya di rumah kawannya cikgu B. Cikgu A ni berasal dari Pahang dan rakannya juga, cikgu B berasal dari sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Kebetulan cikgu A ni belum berkahwin lagi. Lalu suami cikgu B ter'berkenan'kan si cikgu A. Suami cikgu B ni tidak berkerja. Beliau hanya mengikuti isterinya yang bertugas di Sabah. Sejak dari itu, suami kepada cikgu B selalu menghubungi cikgu A melalui SMS yang jiwang2. Perkara ini menimbulkan ketidakselesaan kepada cikgu A, lalu beliau memberitahu cikgu B agar menasihati suaminya agar tidak lagi menghantar SMS kepadanya. Cikgu A memberitahu cikgu B kerana yakin bahawa mereka adalah sahabat karib dan sudah tentu cikgu B akan memahaminya.

Namun langit tidak selalunya cerah, cikgu B melenting dan mengatakan bahawa suaminya tidak berperangai sedemikian kalau perempuan tak menggodanya. Cikgu B dengan penuh emosional menuduh kawannya, cikgu B perempuan jahat dan penggoda suami orang. Cikgu B juga telah menghantar SMS kepada semua guru di tempat cikgu A mengajar dan memberitahu bahawa cikgu A ni perempuan jahat. Malah, cikgu B juga meghantar SMS kepada guru-guru di sekolah lain agar menjauhkan diri daripada cikgu A kerana beliau adalah perempuan jahat dan telah rosak. Cikgu B juga memfitnah bahawa cikgu A telah dirogol dirumah sewanya walhal perkara ini tidak betul. Cikgu B juga telah menghubungi keluarga cikgu A yang menyatakan cikgu A telah rosak di Sabah.

Kesian saya mendengar kisah cikgu A. Akibat dari fitnah itu beliau mengalami trauma dan takut untuk berjumpa dengan orang. Begitulah adik saya mengakhiri ceritanya.

Dalam dunia ini kita memang tidak lari dari manusia yang suka menabur fitnah. Saya juga mempunyai pengalaman difitnah. Memang amat sakit apabila kita difitnah dengan cerita-cerita yang tidak betul. Seandainya kita berada ditempat orang yang difitnah maka anggaplah ia sebagai ujian untuk memantapkan keimanan kita. Sebagaimana dalam Firman Allah:

"Kami akan menguji sungguh-sungguh kepadamu dengan kesusahan dan kesenangan, lalu kamu dikembalikan kepada Kami" (Al-Anbiya:35)

Kita juga kenalah menjauhi dari perbuatan memfitnah kerana ia merupakan dosa besar. Seperti yang disebut dalam Al Quran dan Hadis seperti dibawah:

Al-Humazah : 1
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"

An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24
Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmin, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:
"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:
"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Al- Maidah : 1
Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

Al-Imran:
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3
Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.





1 comment:

Ely said...

Tak terkata.. tapi memang wujud org mcm tu. Antara tanda2 hampir kiamat fitnah berleluasa.

Semoga cikgu yang difitnah diberi kesabaran dan kekuatan. Dan insyaAllah kebenaran pasti akan terserlah juga. Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah.

Orang yang menabur fitnah itu pasti akan dapat balasan. Semoga dia sedar diri dan cepat bertaubat.Satu hari dia akan malu dan menyesal dengan perbuatan tu. Hopefully tak terlambat untuk bertaubat.

As for orang yang mendengar cerita2 ni, harap2 nya berfikir la panjang dan berserta iman..jgn ikut sedap mulut pulak menjaja cerita yang tak pasti betul atau salah.Lebih baik diam utk menjaga nama baik orang, dpd dapat dosa menyebarkan fitnah.

Semuanya berbalik pada iman