Alhamdulillah....segala puji bagi Allah akhirnya hari ni saya baru diberi kekuatan untuk menulis dalam blog ini. Blog ini pun dah ber'sawang' kerana dah lama saya tidak lawati dan kemas kini kan.
Seusai saya menghantar thesis pada 5 Mac lalu, saya begitu sibuk dengan urusan shipping dan ziarah kawan2 di Hamilton. Sehinggalah saya balik ke Malaysia pada 26 Mac, hidup saya umpama "amazing race". Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama urusan rumah. Kembalinya saya ke Malaysia ini umpama baru memulakan hidup baru. Hidup dalam serba kekurangan dengan tiada kenderaan. Terpaksalah menumpang kawan untuk ke tempat kerja. Mujurlah masih ada kawan. Alhamdulillah.
Pada 30 Mac, saya berjaya untuk lapor diri di UTM. Suasana agak berbeza sejak saya tinggalkan 4 tahun yang lalu. Hari pertama saya lapor diri, saya terus membantu rakan-rakan Psikologi untuk membaiki kurikulum. Saya difahamkan tujuan bengkel tersebut untuk mengubah program dari 3 tahun ke 4 tahun. Saya pun masih kurang jelas apakah rasionalnya. Yang pasti apa yang saya perhatikan untuk mengubah kurikulum tersebut pihak KPT telah pun ada garis panduan yang ketat hingga pihak akademik kurang autoriti untuk melakukan apa-apa perubahan. Tetapi itulah hakikat di Malaysia..apa yang nak dihairankan.
Perkara seterusnya yang saya dapat perhatikan ialah wajah-wajah rakan sekerja. Ada yang serius tahap gaban, ada yang muka stress dan ada juga yang muka ceria. Yang muka serius tahap gaban ni takut saya nak tegur...saya hanya senyum saja sebagai tanda selamat berjumpa kembali..yang muka stress ni saya berjabat tangan dan bertanya khabar. Rupanya ramai staff yang stress dengan masalah birokrasi terutama kaedah penilaian KPI. Yang mana dalam KPI ni penilaiannya hanya tertumpu kepada penulisan jurnal impak tinggi dan penyelidikan. Kerja-kerja seperti penilaian thesis pelajar langsung tidak diambil kira dalam KPI...begitu juga dengan kerja2 pentadbiran seperti merangka program. Keadaan ini menyebabkan ramai pensyarah yang tidak bermotivasi untuk melakukan tugas mereka. Saya lihat pihak atasan UTM kena membuat kajian terperinci tentang perkara ini.
Saya mengambil cuti selama 2 minggu untuk berjumpa keluarga. Pertamanya saya ke Kl di rumah adik. Saya telah menaiki bas di Taman Sri Putri. Setibanya saya di stesen bas, saya terus membeli tiket ke KL. Petugas kaunter memaklumkan ada tiket yang mana bas akan tiba dalam masa 5 minit. Saya pun dengan hati gembira terus membeli tiket tersebut. Rupanya bas yang dikatan tiba 5 minit itu, saya tunggu hampir sejam...masyaAllah. Ni la antara kejutan2 yang saya alami sekembali dari NZ (negara bukan Islam tetapi mengaplikasi banyak ciri-ciri Islam dalam sistem ketelusan pentadbiran).
Di KL, hujan turun dengan lebatnya. Saya menaiki LRT untuk ke KL sentral. Setibanya di KL sentral..rupanya tempat berhenti LRT ni agak jauh dari bangunan KL sentral. Saya nak ke KL sentral untuk mencari kedai fotostat. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Jalan untuk ke KL sentral tak de atap, so terpaksalah tunggu hingga hujan berhenti. Laluan untuk ke KL sentral dari stesen LRT itu adalah disediakan 'zebra cross' supaya kereta boleh bagi laluan. Yang sedihnya kenderaan tidak pun berhenti untuk bagi laluan kepada pejalan kaki...alahai di mana kah sikap toleransi manusia. Kalau tak faham pun makna 'zebra cross' tapi berilah rasa empati kepada mereka yang berjalan kaki...yang sedihnya nilai2 Islam langsung tidak dipraktikkan.
Alhamdulillah, dengan berbekalkan kesabaran akhirnya saya tiba di bangunan KL sentral. Dalam sebesar2 bangunan itu, mesin fotostat semuanya rosak. Aduh...sungguh kecewa. Dah la pekerjanya sombong2. Hati saya berkata mungkinkah kebanyakan manusia di bumi Malaysia ini mengalami stress..so nak senyum pun susah.
Inilah sketsa yang saya lalui setelah kembali beberapa hari di Malaysia..insyaAllah ada kelapangan penulisan seterusnya akan menyusul. Semoga sentiasa bersabar.

1 comment:
Saya juga berpendapat, concurrent reinforcement harus ada dalam perlaksanaan system baru. KPI harus dilaksanakan secara comprehensive. Bukan sahaja terlalu fokus pada quality sehingga mengabaikan perkara yang memberi motivasi pada staff. Apalah maknanya quality dalam sesebuah organisasi sekiranya kebajikan staff terabai sehinggakan mungkin akan mejadi penyebab staff rasa demotivated untuk menyampaikan khidmat yang berkualiti satu hari nanti. mungkin menjadikan pemeriksaan thesis sebagai salah satu performance indicator juga boleh dikira sebagai satu pengiktirafan pada seseorang staff tersebut dan seterusnya akan menjadi motivasi untuk meningkatkan lagi kualiti kerja. Dimana dipercayai pengiktirafan dalam sesuatu kerja akan memberi impak yang tinggi terhadap motivasi staff.
Suka nak komen pasal KPI sebab tempat kerja sy juga ada KPI.
Post a Comment