Sudah agak lama saya tidak dapat update blog. Selalu terjadi begini especially dengan tugas rutin saya yang saya sendiri tak pasti bila akan berakhir. Hanya Allah sahaja yang mengetahui jawaban ketika ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.
Kadang-kadang saya bermonolog sendirian. Merenungi hikmah-hikmah tentang setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup ini. Sebagai manusia kadangkala kita hampir dengan Allah apabila kita berada dalam kesusahan atau kesempitan. Tetapi amat payah untuk kita dekatkan diri padaNya di kala kita senang. Bila kita sakit...kita akan merintih kepadaNya..Ya Allah tolonglah hamba ini! Begitu juga bila kita menghadapai tekanan kerja, pelajaran...hati kita amat dekat denganNya. Kita sering memohon padaNya agar dimudahkan jalan untuk mencapai kejayaan.
Tetapi..di kala kita senang..hati kita selalu alpa dan lalai untuk memohon padaNya. Itulah sifat manusia yang mudah di rosakkan oleh anasir-anasir luar untuk menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Kesenangan, kemewahan, dan pangkat itu merupakan ujian yang berat kepada manusia sekiranya mempunyai iman yang rapuh.
Ketika bermonolog ini saya teringat hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
"Peliharalah Allah, nescaya engkau kan dapati Dia di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita. Maka mintalah pada Allah tidak kira di waktu senang atau susah. Marilah kita sama-sama menjaga kewajipan pada Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika kita berada dalam kesenangan. Dengan ini, Allah akan menjaga kita sepanjang masa terutama sekali apabila kita berada dalam kesusahan.
InsyaAllah kemenangan atau kejayan akan tercapai jua dengan adanya kesabaran. Ingatlah setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan..bersyukur kita kiranya kita berhadapan dengan situasi getir, misalnya perjalanan untuk menyiapkan PhD. Kadangkala kita menghadapi jalan sukar, tetapi ingatlah bahawa di sebalik kesusahan itu ada seribu macam hikmah yang Allah telah tentukan ke atas kita.....
Yang pastinya...ayuh kita terus menjalankan kewajipan kita kepada Allah Ta 'ala..mudah-mudahan Dia akan terus dekat dengan kita di kala kita menghadapi jalan sukar dalam hidup..
Ameen.

No comments:
Post a Comment